Isnin, 25 April 2011

menjejaki jejak yang telah terjejak

keterpaksaan aku di sini
menekankan jiwa sendiri
ketidakpastian aku berdiri
menyakitkan menyelinap sanubari
ketandusan cinta yang diberi
membuat aku seia berlari
dengan langkah yang penuh sarat duri
dihambat luka semalam yang zahir dari mimpi
mimpi apakah yang datang mengiringi?
hingga aku ketakutan begini
hingga aku penasaran sekali

hatta bait semalam telah jauh aku tinggalkan
sekalipun duri yang menjejaki telah aku lumatkan
mimpi semalam telah aku hanguskan jadi pengalaman
telah aku hapuskan segala-galanya buat kepastian kehidupan
kehidupan yang aku sendiri butuhkan
kehidupan yang lahir dari warna keindahan

aku tidak lagi ingin dijejaki langkah yang telah musnah
aku tidak ingin lagi menjejaki keperitan yang bisa bernanah
biar kuhayun jejak yang telah terjejak ini biarpun terasa payah
biar bergetar hari semalam diinjak bila aku melangkah
biar aku bertatih sekalipun bahkan semangatku takkan goyah
semalam dan kelmarin mendayungkan aku menjadi tabah
hari ini dan esok akan aku luncurkan menjadi gah!!!

begitu susah menjadi aku
terlalu senang menjadi kaku
itulah aku..
yang memautkan kehidupan berteleku
pada kepastian yang zahir di mataku
aku dan kehidupanku
keterpaksaan dan kerelaan...