Jumaat, 15 Jun 2012

perempuan tua dan kain putih

sehelai benang putih,
seorang perempuan tua,

 berbekal kesabaran ,
 sehelai benang putih dijadikan sehelai kain,,
 oleh seorang perempuan tua,,
yang cekal hatinya yang kukuh jiwanya,
 agar sehelai benang halus,
nanti menjadi tebal dan kukuh tidak mudah putus,

 bertahun tahun ia membentuk benang halus,
 agar nanti menjadi kain putih yang mulus.
 bukan untuk dijual,,
bukan untuk dipamerkan,
 tapi itu adalah tugas prempuan tua itu,

 tapi sayang,
bila mulai lengkap menjadi sepasang kain,
tiba masanya ia bertukar tangan,
 kini dimiliki oleh seorang lelaki,
 kain yang putih bersih kini milik lelaki itu,

namun sayang, kain itu dicarik carikkan,
kain itu hanyalah sekadar pengalas kaki,
 dan tidak lebih dari itu.

 perempuan tua itu sangat lebur jiwanya,
 kerana sangkanya kain itu akan dijadikan pakaian,
 pakaian yang menutupi segala kekurangan,
 bukanlah sebagai alas kaki cuma,
apalagi dicarik carikkan sebagai percuma!!