Isnin, 25 November 2013

pertemuan semalam

aku menatap kaku pada cahaya mencurah masuk ke jendela
angin lembut menyelak rambut ditelinga
masih pedih dan merah menyala
luka di belakang bahu ku menggalas derita
kepada dia tak ku kenal ku kirim cerita duka
kualirkan titis air mata dalam kisah nestapa

hari ini kita ketemu dalam duka yang menggeliat resahku
renungan mata yang tajam membakar kecewa dulu
aku keliru dalam renungan itu
membawa aku jauh ke layar rindu
yang asalnya cuma hanya mahu ketemu

hari ini
esok dan nanti
bila kita ketemu lagi
aku sebenarnya lebih memilih untuk bersendiri

kerana kau dan aku punya cerita
mereka tidak tahu apa
kerana aku punya cinta
walau masa baru seketika
kerana aku bukan siapa siapa
kau pula milik yang nyata
hanya aku yang membuta
kerana aku tahu esok lusa
tiada pengakhiran kita

dan esok aku harap kau membenci aku
hapuskan senyum dari bibir yang berkelana pilu
kembalilah kau pergi bersama asalmu
biar aku sendiri seperti biasa dulu
biar lupus "azam" ku memantera rindu!




Jumaat, 30 Ogos 2013

La Tahzan Ya Akhi

Acap kali kita diutus khabar dari bumi berdarah
dalam pejam dibayangi tulusnya wajah yang tak bersalah
melihat  darah merah melahar tumpah ke tanah
menatap tanpa kerdip pada mayat-mayat bergelimpangan bernanah
didada bergantungan rasa cemas yang terperuk disilihganti rasa marah
tiada  bergejolak dirimba jiwa selain resah payah

Dibumi Palestin mereka mati tak berkapan tak bernisan
aku jadi tak mengerti,bingung dan hairan
manusia Israel sekeras kerikil jiwanya lahir bak haiwan

Kau rentap nyawa anak kecil tak berdosa seperti kau tak punya anak barangkali
tubuh wanita yang tak terdaya kau tindih rakus seperti tak punya isteri
kau bedil jiwa-iwa sengsara seperti kau tak punya keluarga dihati

bergegar tanah subur habis habisan kau lontar mortar
tembus kepala tak berdosa kau percik peluru liar
ketakutan jiwa jiwa lara selindung dibalik dinding tidak berani keluar
segalanya menjadi kacau bilau dan hingar bingar
angkara apa zionis durjana disana sini berlegar legar

Abi!!!
Ummi!!
meraung si anak kecil dengan suara yang tak lagi tergagahkan
ketar tubuh kecil melihat ibu diperkosa didepan mata dihadapkan
darah ayah disimbah membasuh wajah yang telah ditinggalkan
sekelip mata pergi tanpa pesan
menatap meratap mayat mayat yang bergelimpangan tanpa nisan
yang lukanya terganga  masih lagi  basah merah darah dijalanan
bayi yang masih lembut dikelar,,disiat , dicincang selumat lumatnya tanpa kemanusiaan

Hei kau  si pendosa kejam yang bergelar durjana
jangan kau rentap  nyawa si anak kecil yang baru mengenal abi dan ummi
jangan kau bakar jiwa muslimin yang tak punya apa  selain keluarga dan agama
jangan kau percikkan hamis  darah darah pejuang pada tanah yang subur mewangi
jangan kau pulas nyawa mereka habis habisan kerana kepentingan dunia
kerana nyawa yang kau   terjerut itu  pasti menghiasi syurga sewangi setanggi
kelak esok di neraka jahannam kau pula dibakar menjadi bara sengsara
itulah yang dikatan janji Allah itu pasti!

Buat kalian yang tersisa di bumi sengsara
Yang masih berjihad pertahankan nyawa dan agama
Ketahuilah bahawa doa kami ada bersama
Dalam tiap jasad yang telah pergi mahupun yang masih ada
Ingatlah Allah akan tetap membela bagi tiap derita dan luka
ALLAHUAKBAR!


Isnin, 26 Ogos 2013

gusar

di sudut malam yang menyeru pagi
segalanya gelap sepi
tiada jiwa yang berpenghuni
semuanya lena diulit malam sunyi
hanya aku yang masih begini
menatap wajah yang  telah menoreh  perit disudut hati

jiwa ini tak mungkin dilenakan
mata ini gusar untuk dipejamkan
benak ini kusut memikirkan
cakera tanpa henti memutarkan tragedi yang langsung tak ingin dirakamkan
ia tetap berputar membingitkan menyakitkan

wajah itu tenang dalam lena
hanya aku yang semakin gila
wajah itu sembunyikan rahsia
hanya aku yang merasa

kubiarkan cakera ligat berputar
membangkitkan segala gusar
ahhhhh  biarkan wajah lena itu satu saat tersedar
dan segalanya akan berbayar



kerusi

kerusi
olahannya kayu jati
mahupun besi
atau mungkin juga keluli
ianya tetap kerusi
tiada kata puitis mahupun melankolik dapat dibayangi
kerana ianya hanyalah sebuah kerusi

kaku disudut sudut
kelihatan kosong jiwanya,tapi ia penuh kemelut
tersudut... diibaratkan seperti melukut
disudut ia tegak tanpa berpaut

kala perlu, mesra diduduki
kala tak berguna, terbiar sepi
kala tiada dicari pasti
kala binasa dicari ganti
kasihan sebagai kerusi




suami-badai

mata terpejam hati bertanya kerap kali
adakah kau masih segar dihati
atau jauh kutinggalkan ketika mencari
kadang aku curiga dengan kiasan hati sendiri
kadang aku terasa berlari tapi diikat kaki
akulah insan yang kau gelar isteri
tapi akulah insan yang saban hari kau lukai

aku mencari aku tercari cari aku cari
dimana aku letakkan kau di ruang sanubari
setelah cintaku kau nodai
setelah susah payah tegar kehidupan kita kau dustai
setelah kau biarkan murahan berbaring didada yang layaknya hanya aku menghuni
setelah kau lafaz cinta nafsu dan kau lupa cinta yang kau janji abadi
apakah terpadam di kotak ingatanmu saat kau letak telapak tangan di ubun wanita ini
dan akulah yang menjadi isteri

kini aku karam dalam lautan cinta yang ditenggelami benci
aku lemas dalam kesakitan yang terasa lali
berulang kali berkali kali
akulah jiwa yang tertewas dalam kemaafan yang terpaksa diberi
akulah tubuh yang terasa cemar bila kau kembali
saban hari aku minta dipadamkan ingatan keji
saban hari rasa benci bergelora berkali kali

maafkan aku untuk rasa ini
aku ingin sekali pergi tapi langkahku telah kau kunci
jiwaku terjerut sakit dirantai digelangi
kemaafaan itu ada disudut sanubari
sayangnya segala memori cinta telah kau padamkan sendiri
jangan kau tanyakan aku apa yang masih berbaki
kerana jawabnya nanti
pasti kau terlukai
aku keliru antara kebebasan dari hati yang mati
atau kemaafan yang membakar diri
maafkan aku wahai suami
aku tenggelam jauh kedalam badai yang kau ciptakan sendiri...

Rabu, 23 Januari 2013

yang tak termiliki

tuhan..maafkan aku..
rasa ini datang dari cinta yang tertagih dari angin rindu
maafkan rasaku ini yang membuat aku sendu
selain dari sujud padamu
aku tewas dalam rasa cinta yang bukan milikku
yang pernah kau anugerahkan dahulu
maafkan aku bila aku tak bisa melupakan dan tak mungkin mampu
melainkan kau berikan aku rasa itu..