Isnin, 25 November 2013

pertemuan semalam

aku menatap kaku pada cahaya mencurah masuk ke jendela
angin lembut menyelak rambut ditelinga
masih pedih dan merah menyala
luka di belakang bahu ku menggalas derita
kepada dia tak ku kenal ku kirim cerita duka
kualirkan titis air mata dalam kisah nestapa

hari ini kita ketemu dalam duka yang menggeliat resahku
renungan mata yang tajam membakar kecewa dulu
aku keliru dalam renungan itu
membawa aku jauh ke layar rindu
yang asalnya cuma hanya mahu ketemu

hari ini
esok dan nanti
bila kita ketemu lagi
aku sebenarnya lebih memilih untuk bersendiri

kerana kau dan aku punya cerita
mereka tidak tahu apa
kerana aku punya cinta
walau masa baru seketika
kerana aku bukan siapa siapa
kau pula milik yang nyata
hanya aku yang membuta
kerana aku tahu esok lusa
tiada pengakhiran kita

dan esok aku harap kau membenci aku
hapuskan senyum dari bibir yang berkelana pilu
kembalilah kau pergi bersama asalmu
biar aku sendiri seperti biasa dulu
biar lupus "azam" ku memantera rindu!