Ahad, 12 Oktober 2014

tak perlu tanya tanya

tak perlu tanya lagi
tak perlu nangis lagi
buang masa fikir tak henti
semua jelas dikhianati
tunggu saja karma kau nanti

biasa saja

di balik senyum ada kanser menular mendidihkan darahku
di balik ketawa ada virus menggigit jantungku jadi hancur
yang aku tunjuk cuma senyum dan ketawa
kau tak tahu aku tahu
kau berdansa sorok tangan dengan kaki ligat
kau tak tahu aku tahu
kau nyanyi petik jari dengan tangan terketar ketar

kali ini aku lain

kali ini aku diam
lebih kepada menjadi bisu
kali ini aku tak ingin lihat
lebih kepada menjadi buta
kali ini aku tak perlu dengar
lebih perlu menjadi pekak
kerana kali ini aku biar kau lakonkan watak
dan aku penonton bisu buta dan pekak..
kasihan aku
atau kasihan kau

tak perlu kata apa
tunggu masa senyum saja
dan pergi selamanya

pembunuh bersiri

sekali lagi kau hunus pisau
kau robek di perut
kau lumatkan hati
kau cincang keji jantung
kau carik carikkan paru paru
isi perut ternganga kau lempar
kaulah pembunuh kejam
yang punya siri 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan sekali lagi
kau paksa aku jadi manusia tanpa hati perut
tanpa denyut jantung seperti manusia lain

semua itu aku

akulah kerusi
akulah yang tak termiliki
akulah gusar
akulah yang lari
akulah yang ada kesan luka
akulah selimut
akulah pintu
akulah yang takut
akulah yang tak minta apa
akulah sampah
semua puisi itu bersatu menjadi aku

aku semakin tahu

tuhan lindungi aku
dari kejam perasaan
yang kian hampir membunuhku lagi

tuhan jagakan aku
dari jahil lidah
yang semakin lali memperbodohkan aku

tuhan
jagakan hatiku
dari beku airmata
dari panas mendidih darah

Khamis, 2 Oktober 2014

Maaf

Angin datang berbisik di telinga
Bila saja teringat semua
Airmata menitis merana
Sumpah seranah kau menyucuk di rongga
Buatkan luka lama ternganga

Maaf..maaf..maaf..
Itu pun sukar kau lafaz

Sakit..sakit..sakit..
Kau ulang ulang buat jadi bingit

Kata

Kata yang kau hunus
Bukanlah angin lalu yang terhembus
Kata yang kau lempar
Rasa yang tertampar
Kata kau, kata durjana
Tiada dalam istilah bahasa

Manusia

Manusia bebas berkata kata
Manusia ada minda
Manusia ada mata
Manusia ada telinga
Manusia cukup deria
Tapi sumpah seranah yang disapa

Manusia ada jiwa
Manusia ada rasa
Tapi tabiat berbaur neraka

Rupanya aku telah tiada#ilham dari mimpi

Malam yang lepas
Aku dihentak mimpi yang buas
Sakit segala tubuh menjadi kebas
Kau dan aku berenang tak bebas
Kemelut di lautan selut yang ganas

Mulanya kita dikejar bayangan jahat
Kau pimpin aku dalam langkah yang sarat
Kau gendong walau terasa berat
Kita lari dan terus lari walau sakit melarat
Lalu jatuh di lautan selut yang disangka darat

"Abang,aku tak mampu bernafas"
"Abang aku lemas"

Kau pujuk aku dalam nafas yang tak jelas

"Sabarlah sayang kita pasti akan bebas"

Kau rangkul aku dengan sebelah tanganmu
Sebelah lagi cuba melawan
Lumpur yang pekat dalam
Walau sukar kita tak tenggelam

Alhamdulillah akhirnya terlepas
Dari bayang bayang yang bersifat ganas
Dari lautan selut yang buas

Aku dengar nafasmu dengan jelas
Aku gembira kita telah bebas
Kita tak lagi berhempas pulas

Tapi,setelah itu semua
Kulihat matamu berkaca
Walau berakhir segala derita

Rupanya aku telah tiada
Aku telah mati dalam perjuangan kita
Hanya melihat kau dari alam yang tak nyata
Aku mendengarmu dari tulus doa
Aku bahagia atau derita
Itu bukan lagi masalah kita
Kerana aku telah jauh di sana
Dan kau bersama permata kita
Juga berganti cinta
Abang,aku sayang kau selamanya

Aku tak minta apa

Kutitpkan lagu tiada irama buat jiwa
Bernyanyi syahdu getarrnya  terasa
Alunan yang aku sendiri rakam didada
Lagunya sepi,,iramanya rindu..ianya atas nama cinta
Hidupku hanya merakam cerita kita…
Mengukir setiap derita dan luka..
Tangis dan tawa..
aku perlu kau tahu yang aku cinta
sedalam mana derita di dada
lebih dalam lagi rasa cinta
aku perlu kau tahu yang aku rela
biar dulu kau kirim luka
biar dulu pernah kau hunus pisau merobek dada
aku tewas dan jiwaku mati merana
aku tetap kasih,,aku tetap cinta
terlalu besar cinta yang teranugerah..
aku tak perlu apa
hanya perlu kau fahami dan rasa
aku tak mahu apa
hanya pinta kau setia
aku tak minta apa
hanya tak mahu rasa kecewa..
mafkan aku kerana terlalu cinta
dan rasa ini abadi sampai hujung nyawa
izinkan rasa ini kubawa bersama
bila aku tiada

alhamdulillah

alhamdulillah hari ini tugu negara masih berdiri megah
rakyat malaysia masih mewah
kita masih kaya dengan juadah
anak ana masih ke sekolah
masih sempat kita mengucap syahadah
ALHAMDULILLAH

kalau esok tugu negara di pecah pecah
rakyat pula merempat tidur dalam darah
juadah kita adalah mayat mayat bergelimpabgan di tengah tengah
anak anak kecil belajar selamatka diri di celah celah
ada yang mati mengejut dibedil dari jauh
tanpa sempat mengucap syahadah
MASYAALLAH
bersediakah kita melawan arus datang tidak bertongkah
atau kita masih kosong tanpa bekalan pertahankan maruah?

sampah

dalam bakul kecil di sudut rumah
diikat dicampak lagu ke bakul besar depan rumah
diambil pemungut sampah dicampak lagi ke pelupusan daerah
tercampak diantara sampah sampah
busuk,kotor,jijik hina penuh serkah

sebenarnya,ia dari sesuatu yang elok telah habis diguna
atau jemu dipandang mata
saki baki yang tersisa
mungkin juga sudah berganti baru kerana ia barang lama

maka ia jadi sampah
namanya sampah
dicampak,dicampak lagi dan dicampak sampai lupus
SAMPAH

takut

aku takut
bila esok aku bangun ada senapang di kepala
bila esok aku celik lihat semua rumah hancur binasa
takut
kalau tanah ini digugat sampai tercela
maruah negaraku diinjak tak lagi terbela

seperti terdengar tangisan bayi
raungan wanita suci
takbir para suami
kesakitan para pertiwi
dan takutku semakin menjadi jadi

aku takut kalau malam ini aku tidur dalam lena
esok aku bangun malaysiaku dibedil seperti gaza
seperti mana nasib mereka
malam itu dalam aman sejahtera
esoknya dibedil tak sangka sangka
tanpa terlintas esoknya derita
sampai kini tak henti menatap darah sengsara

aku takut malaysiaku hilang kemerdekaan
tinggal dalam lautan darah dan mayat mayat bergelimpangan

aku takut
moga kita semua takut
dengan takut kita waspada
dengan takut kita tidak leka
dengan takut kita buka mata
agar kekal merdeka
tidak dijajah minda
tidak ditakhluk jiwa
tidak terjual negara kita

pintu

buka, tutup
buka,tutup

buka bila cantik
tunjuk segala yang teratur dalam bilik
tutup bila buruk
melindungi yang kotor dan serabut
kasihan menjadi pintu kepada bilik

buka,tutup,buka,tutup
dihempas hempas
tugasnya tunjukkan isi yang cantik
tutupkan dalaman yang tak baik
sayang dan setianya pintu kepada bilik
berdiri di depan tanggung segala

maafkan bonda

anak
kasihan kau tidur dalam rahim derita
sembilan bulan kau makan sisa sisa seksa
kau dengar cerita duka
hingga kau lahir ke dunia...

anak..
kau lahir bersama ketuban airmata
dikucup yang pertama dari bonda yang sengsara
ciuman yang penuh makna
kerana bonda tahu,kau mengerti ombak rasa
dan kau saksi segala ceritera luka bonda

maafkan bonda meletakkan kau dalam rahim derita
melahirkan kau dalam airmata
membesarkan kau dalam cerita duka
mengajarkan kau erti luka
kerana itulah hidup bonda
yang kini kita perjuangkan bersama




selimut

selimut memeluk tubuh
melindungi sejuk malam

selimut menutup kaki
menahan dari angin bisa

selimut takut
sembunyi gentar

selimut jiwa
ubatkan hati

selimutkan jahil
terpampang mulia
tertutup munafik

kesan luka-airmata

kesan
seratus tahun akan tetap terkesan
dan pasti meninggalkan kesan
luka
begitulah jiwa yang terbebat luka
yg tak nampak di cerah mata
hanya bersuluh di mata jiwa
airmata
hanya kering bila dingin malam
menutupi dalam sarat kelam
menyihirkan hati pada kesan luka yang takkan pernah padam!