Khamis, 2 Oktober 2014

maafkan bonda

anak
kasihan kau tidur dalam rahim derita
sembilan bulan kau makan sisa sisa seksa
kau dengar cerita duka
hingga kau lahir ke dunia...

anak..
kau lahir bersama ketuban airmata
dikucup yang pertama dari bonda yang sengsara
ciuman yang penuh makna
kerana bonda tahu,kau mengerti ombak rasa
dan kau saksi segala ceritera luka bonda

maafkan bonda meletakkan kau dalam rahim derita
melahirkan kau dalam airmata
membesarkan kau dalam cerita duka
mengajarkan kau erti luka
kerana itulah hidup bonda
yang kini kita perjuangkan bersama