Khamis, 2 Oktober 2014

Rupanya aku telah tiada#ilham dari mimpi

Malam yang lepas
Aku dihentak mimpi yang buas
Sakit segala tubuh menjadi kebas
Kau dan aku berenang tak bebas
Kemelut di lautan selut yang ganas

Mulanya kita dikejar bayangan jahat
Kau pimpin aku dalam langkah yang sarat
Kau gendong walau terasa berat
Kita lari dan terus lari walau sakit melarat
Lalu jatuh di lautan selut yang disangka darat

"Abang,aku tak mampu bernafas"
"Abang aku lemas"

Kau pujuk aku dalam nafas yang tak jelas

"Sabarlah sayang kita pasti akan bebas"

Kau rangkul aku dengan sebelah tanganmu
Sebelah lagi cuba melawan
Lumpur yang pekat dalam
Walau sukar kita tak tenggelam

Alhamdulillah akhirnya terlepas
Dari bayang bayang yang bersifat ganas
Dari lautan selut yang buas

Aku dengar nafasmu dengan jelas
Aku gembira kita telah bebas
Kita tak lagi berhempas pulas

Tapi,setelah itu semua
Kulihat matamu berkaca
Walau berakhir segala derita

Rupanya aku telah tiada
Aku telah mati dalam perjuangan kita
Hanya melihat kau dari alam yang tak nyata
Aku mendengarmu dari tulus doa
Aku bahagia atau derita
Itu bukan lagi masalah kita
Kerana aku telah jauh di sana
Dan kau bersama permata kita
Juga berganti cinta
Abang,aku sayang kau selamanya