Sabtu, 15 November 2014

Kamar mandi

Bilik kecil
Kamar mandi
Bukan sekadar air hujan
Tapi penuh air mata

Tutup pintu
Buka paip kuat kuat
Nangis perlahan lahan
Biar air mata bercampur air hujan
Jatuh bersama terus ke loji
Tak siapa yang nampak
Tak mungkin orang tahu

Keluar kamar mandi
Senyum dan kata pada mereka yang lihat
"Sejuknya air hari ini"

Esok nangis lagi
Dalam kamar mandi
Penuh rahsia sembunyi