Jumaat, 21 November 2014

Masa kau tinggal aku di belakang

Tadi
Kau bawa satu kereta
Aku bawa satu yang aku punya
Menuju destinasi kita
Aku tak tahu jalan mana
Kau kata ikut kau saja
Aku angguk dan kata
"Jangan laju laju nanti aku hilang jejak tak nampak di mata"

Kau kata kau takkan laju
Kau takkan tinggal aku

Pelan pelan saja
Di jalan raya besar penuh kereta
Aku takut tak terkata

Aku cuma ikut di belakang
Kau makin menghilang
Sampai tak nampak bayang
Aku kejar kau dengan kereta bagai nak melayang
Jantung aku bagai nak terbang

Tidak apa..sendirian aku cari jalan
pulang
Sendirian aku cari simpang
Makin lama makin tak goyang

Sampai juga ke destinasi
Kau dah sampai dulu yang pasti

Kau kata kau tak perasan aku hilang di belakang
Aku kata terima kasih sebab masa kau tinggal aku tadi petang
Aku belajar jadi matang
Aku redah jalan melintang
Aku belajar bertenang
Dan tanpa kau pun aku boleh pulang
Siap dengan terjumpa jalan yang kurang panjang

Kau tak tahu
Masa kau tinggal aku
Aku belajar macam macam perkara
Lebih dari apa yang kau sangka
Sekarang aku bukan sesat di jalan raya
Tapi dengan ilmu penuh di dada..