Jumaat, 14 November 2014

Santau

Kau mungkin lupa
Suara lembut memisahkan kita
Membunuh kejam dengan limau dan jarum saja
Patah  temulang menempias puaka
Ketar tubuh menahan seksa
Akulah yang menanggung derita

Suara itu tak pernah putus asa
Makin gagal makin cuba
Hasad dan jahil meneroka tiap kepala
Airmata dan kata cuma sketsa dan percuma
Waima tak pernah kasihan melihat aku seksa

Kau mungkin lupa waktu aku berusaha sekuat tenaga
Kau mungkin lupa waktu aku terlantar derita
Kau mungkin lupa waktu kita sengketa
Kau mungkin lupa pada segala hina
Kau mungkin lupa tika dicabul hak kita
Kau mungkin lupa kerana aku buat bersahaja
Padahal aku sepuluh tahun lagi belum bersedia ke sana!