Selasa, 23 Disember 2014

Miskin

Baju sehelai
Esok pakai
Ulang lagi
Lusuh nampak hati
Si miskin tuli
Pada hinaan duniawi

Bunuh kau habis habis

tetak
Biar retak
Kelar
Biar calar
Hiris
Sehalus bilis
Lumat
Demi dendam kesumat

Mati kau 
Bayar dendam bertahun

Kudrat kakak

Dari rumah sewa sekecil tandas luar rumah
Sebulan seguni kakak beli tanah
Lima tahun kumpul tanah dalam payah
Terkumpul 60 guni tanah
Kakak hilang 60 seri wajah

Dari rumah sekecil tandas di luar rumah
Kakak kumpul tanah
Bikin rumah untuk mama dan ayah
Habis kudratnya sendiri memerah
Terbina rumah buat mama dan ayah
Tersergam indah
Dua tingkat mewah
Sedang di setinggan kakak berumah
Kakak sinonim dengan tabah

Isnin, 22 Disember 2014

Orang kita

Orang kita suka berkias
Isi satu, ayat panjang berbelas
Orang kita santun berkias
Sampai cakap jadi berpulas pulas
Orang kita cakap manis
Suara halus mulus
Tapi dalam sinis
Orang kita belum tahu jadi telus tulus

Memang tak boleh

Hari ini aku tulis nota dari hati
"Bila aku mati nanti
Kau ambil perakam atas almari
Tanamkam dalam kubur aku nanti"

Esok aku gantung diri
Perakam merakam atas almari
Bila kau balik nanti
Biar terakam kau punya aksi
Ketawa atau meratapi
Kasih atau benci

Dalam kubur tu nanti
Aku mainkan dan tengok seorang diri
Biar aku tau kau punya hati
Dari dulu aku keliru sendiri
Kau kasih atau benci

Kalaulah boleh
Tapi memang tak boleh
Tunggu saja dari Allah jawapan akan peroleh

Susu apa kau minum

Teringin nak tanya kau teruk teruk
Susu apa kau minum agak agak
Mulut kau cukup busuk

Masa kecil aku minum susu ibu kandung
Takkan kau minum susu anjing
Itu pasal kau suka menyalak
Biadap sampai hati aku senak
Susu apa kau minum sampai jadi biawak?
Persis setan layak ditimpa balak!

Kerja ke buat kerja?

"Abang pergi kerja sayang
Cari duit untuk sayang"

Hai kenapa malam bukan siang?
Kerja bila semua orang dah pulang?
Cari rezeki waktu keluar jembalang?

Ada setan jawab di belakang
"Dia pergi mencurang
Cari perempuan jalang"

Melayu malu ke mahu

Orang melayu
Macam pohon semalu
Malu malu gitu
Kerja halal malu
Maksiat mahu

Orang melayu
Selalu terlajak perahu
Nikah kemudian kahwin dulu
tuding jari "kamu,kamu"
Habuan mulut semua palsu

Orang melayu
Merempat tepi tepi jalan tu selalu!

Suami dayus

Muka kau kusut terjemah merah
Hidup dengan aku kau menyampah
Merangkak kau keluar rumah
Wahh muka kau nampak cerah
Aku pula sang biru
Sentiasa tenang tapi terkedu
Ketawa berdekak tapi aku pilu
Bodoh,biar kau pergi tapi rindu
Aku tunggu dalam sayu
Aku nangis kau drama tak tahu

3 tahun berturut turut

Ulangtahunku yang lepas
Kau kirim hampas
Dari jijik laku yang jauh terbabas
Maaf..hatiku jatuh terhempas
Tak ada yang indah untuk ku ulas

Ganggu

Maaf mengganggu
Bukan menunggu
Cuma terkenang masa lalu
Bukannya rindu
Apalagi mahukan seperti dulu
Maaf aku ganggu kamu
Aku pun tak mahu

Jumaat, 19 Disember 2014

Terima kasih

Terima kasih
Hari ini kau bagi aku wang
Bagi aku jumpa kawan
Pusing sana sini jalan jalan
Bila bosan berhenti makan
Jumpa dari pagi sampai malam
Beri aku masa untuk diluang
Terima kasih abang

Isnin, 15 Disember 2014

Coretan rindu

malam ini begitu kusut bagiku
sedang rinduku padamu kian punah berdarah
terasa lemah kalbuku menahan getar rinduku ini
mengapa terlalu berat cinta ini
hingga tak terpikul dek jasadku yang longlai ini
mengapa begitu utuh rindu ini
hingga menghempap jiwaku
lantas,dalam keterdesakan rindu padamu
sungai air mataku kian gelora
membuak dalam dakapan syahdu
apa dibenakku??kosong..
yang nyata,wajahmu kain menyeru jiwaku
dalam kepiluan rindu yang mendsesak ini
aku hanya mampu menatap ruangan wajahmu yang tidak nyata
aku hanya bisa mencium harum yang kau tinggalkan padaku
walau ia semakin pudar
aku hanya bisa mencoretkan rindu ini
pada helaian kertas yang kosong
dan aku hnaya mamapu menangis
lantas menunggu malam datang lagi
membasahi malam dengan airmata
airmata rindu padamu!!

Nur iman Danisha balqish

Aku takut kalau esok atau lusa
Aku dijemput malaikat ke sana
Siapa pula tempat kau bermanja
Kemana pula kau luah rasa

Aku tak dapat bayangkan
Kalau nanti kau yang pergi
Kemana aku nak curah rasa duka
Pada siapa aku nak minta sesuci doa
Kerana kau lah segala gala
Harta yang aku punya
Wajah yang aku cinta
Hanya kau,Danisha..

Istana pasir

Kau kata mahu bina istana
Indah di tepian pantai
Bersungguh kau cerita
Berpeluh kau bina
Kau ukir nama kita

Kau tak fikir gelora datang kaut semua?
Kau tak kisah kerja kau sia sia?
Kau tak kisah buang masa?
Yang datang bukan gelora
badai  rupa rupanya

Kau kata tak apa
Kau akan bina lagi
Aku tak mahu
Sebab ianya akan tetap sama
Bina dan runtuh
Sebab olahannya takkan pernah kukuh
Apalagi ditepian badai.

Kau cuma bina untuk sementara
Kau hanya tabur mimpi belaka

Cuma terkenang

Ku palingkan wajah duka
Sorok airmata
Biar angin lalu mengeringkannya

"Ya..saya.."
wajah ceria yg ku hulur
Bila kau panggil aku
Dalam senyum yg kau takkan curiga
Kau takkan kesan air mata

Kubisikkan pada angin
"Diam diam saja,jangan biar dia tahu"

Aku cuma terkenang

Tak mahu kau tahu

Ku kutip helaian rambut yang gugur
Penuh sarat di bantal dan tilam
Berterbangan di lantai
Berserabut di sisir
Dan makin tiada di kepala
Entah bila aku akan dipanggil
Esok atau lusa

Selasa, 9 Disember 2014

Perubahan

Air laut makin surut
Harmoni angin makin susut
Musim kasih jua telah luput
Nyiur melambai di tepian juga reput
Gelora benci kian menjemput
Segalanya menjadi kalut
Semuanya kian teragut
Dan luka hati  terhembus di mulut
Damai laut menjadi ombak kasih yang terugut
Akhirnya air jernih kotor menjadi selut

Jadi syaitan

Dulu seminggu sekali basuh telekung
quran sentiasa ada dalam beg sandang
Dulu berbaju panjang
Kaki litup berstoking

Sekarang telekung bersawang
Tersidai tersadai tak dipegang
Quran entah kemana hilang
Tudung panjang dah jadi selendang
Malu nak pakai yang panjang bila tak sembahyang
Quran pun dah tak pegang
Sesat dan hilang
Pergi tak pulang
Ikut arus melintang
Terkejarkan bayang bayang
Walau tahu itu sebenarnya jembalang!

7 pagi 7 malam

Jam 7 pagi dari tiga tinggal seorang
Memang sepi berulang ulang
Tunggu semua pulang
Jam 7 malam dari seorang jadi tiga
Sama saja sepi tak ubah seperti seorang saja..
Lebih baik tiada

Isnin, 8 Disember 2014

Aku penipu besar

Aku andaikan kau tak pernah wujud
Aku kata pada hati kau cuma mimpi
Kau bukan realiti
Kau datang kau pergi
Aku andaikan kau angin lalu

Dan jelas aku sedang berbohong
Aku hipokrit dengah hati sendiri
Kerana kau aku jadi pembohong besar
Menipu hati dan fikiran sendiri
Sedang airmata tak pernah henti
Aku sedang menipu diri sendiri

16 jam yang sepi

16 jam kau tunggu
Aku lihat dari luar
16 jam kau korban
Sebab esok yang terakhir
16 jam kau buang
Hanya ingin dekat
16 jam airmata tak henti

16 jam terakhir
kau pandang aku sepi
16 jam terakhir
Aku tahan airmata di tepi kali
16 jam terakhir
Kita pergi
Tak pandang pandang lagi
Kerana kita telah berjanji
Pilih jalan ini...

Sudut terakhir

Di tepi tasik
Melunjur kaki
Meneropong teratai
Bicara tentang kita
Itulah kali terakhir melihat kamu
kali terakhir bicara tentang rindu
Sudut mata memandang tepat ke hati
Kerana kita tahu..itu yang terakhir..

Khamis, 4 Disember 2014

Sekali lagi

Sekali lagi
Kau pasti menyesal.
Sekali lagi
Kau pasti meratap
Sekali saja lagi kau buat
Tak ada maaf
Selamat tinggal