Isnin, 7 Disember 2015

hari ini saja

untuk kata kata pinjaman ablasa lima tahun yang lalu
untuk perlian imbuhan khinzir empat tahun yang lalu
untuk fitnah bernanah busuk tiga tahun yang lalu
untuk hinaan kelasan dajjal dua tahun yang lalu
untuk cacian makian sumpah seranah pada tahun yang lalu
bertahun aku diam dan kumpul jadi bulat sifar
kau nampak sifar kosong
aku pulangkan menu yang kau tempah bertahun tahun
dihidang pada hari ini
HARI INI SAJA
kerana sifar aku bukan kosong
ia ada di dalam
tunggu masa kau uji sampai pecah
sakit dan malu bukan.
kebetulan saja,tak dirancang
kau silap orang.

Rabu, 2 Disember 2015

warkah sebelum ajal

telah aku bersihkan daerah berdarah
yang belasan tahun dulu diamuk punah
darah darah yang terpercik disetiap dinding berkeropeng  juga telah aku hakis kesannya

darah itu darah aku
yang cuba dibunuh berkali kali
tapi tidak mati

daerah ini terpencil
tiada siapa tahu ia penuh darah
yang mereka tahu
"ia daerah yang gah"

warkah ini terakhir selepas aku tidak lagi hidup
aku mati setelah berjuang menyucikan daerah
aku tinggalkan ia dalam suci
supaya kau hidup aman
tidak nampak darah
tidak ingat pada aku dan sengketa
aku ikhlas pada setiap pembunuhan yang kau lakukan
semoga kau hidup dalam kemaafan
dari aku yang mati

Rabu, 5 Ogos 2015

kau

aku angankan kau menemani tiap sunyi sepi aku
yang heningnya memecah dada
aku harapkan kau ada mendengar liku liku derita
yang aku pasti hanya kau mengerti
aku bayangkan kau ada di sini
menjadi sesuatu untuk aku bersandar
aku impikan kau lebih dari mana yang kau tahu

tapi tidak
tidak mungkin
tapi tidak
tidak akan

aku tahu

rindu pada tangan yang digapai tidak sampai
rindu pada ucap bibir yang tak nampak
rindu pada senyum yang terukir disebalik

aku tahu dia ada
memahami tiap derita
merahsiakan setiap pahit
melihat kemana aku bertiup

aku tahu dia ada
meski tidak berbuat apa
selain dari doa

aku tau
dia tau
bila mana
aku rindu

sama saja

semalam
hari ini
dan esok
maka begitulah seterusnya
tewas dan kecundang
ia tak diundang
saban hari sendirinya hilang.

Ahad, 2 Ogos 2015

aku tak mungkin lupa

aku tidak minta apa dari kamu yang aku percaya
cuma
lindungi aku dari ludahan mereka
bertahun sudah aku menempias segala puaka
kau pun tahu aku seksa bagaimana
aku cuma minta kau pertahankan aku
setiap kali kepalaku di pijak2 tanpa maruah
beberapa tahun dulu kita tiada apa
menumpang mengemis di sana
menumpang tidur di sofa
berteduh dengan kosong perut
sebab itulah aku mangsa cerca
kau tidak tahu apa
bila kau pulang aku sorok luka dipijak dikepala
aku balut pecah di dada
aku hulur senyum bahagia
aku tidur dalam airmata
itu yang aku rahsia
yang kau saksikan mata?
yang kau lihat aku sakit seksa?
di mantera pula harapkan aku derita
adakah kau rasa?
semuanya berlalu dalam lima tahun yang berturut turut
dari dulu hingga kini
aku cuma minta kau lindungi aku.
cuma itu.

mereka membenci aku

semenjak dari aku memilih
untuk tinggal bersama lautan indah
sejak dari itu hujan badai tak pernah tamat
bila panas pula ia terik dan sakit
aku dicerca dihina apa yang ada disegenap disekeliling lautan
dipedihkan mentari
dibakar panas
dilambung ombak badai
ditakutkan dengan ribut petir
segalanya menghantui aku
memburu aku meski dalam tidur
satu persatu datang menghalau aku
satu demi satu mengugut aku untuk pergi
selepas satu satu hinaan dan cemuhan
satu satunya pilihan aku ialah bertahan
satu tahun demi satu tahun aku kekal di lautan ini
hingga kini sudah bertahun aku kekal dalam tragedi lautan
dan segenap sekeliling lautan tak pernah henti membenci aku
aku yang memilih
untuk bertenang di lautan indah
yang kelilingnya meludah aku.

Jumaat, 17 Julai 2015

amukan

bulan tidak tahu kalau awan harus menangis malam ini
kalau tidak akan di amuk seluruh alam
diajak segala panah petir menjadi senjata amukan
biarkn awan menangis
jangan ditanya kenapa kalau untuk diperlekehkan
bulan tidak tahu kalau tangisan itu
jisimnya seberat lima tahun ditanggung
ia menangis untuk satu malam itu
tidak tertahan sudah dendamnya
biarkan dia menangis
cuma menangis,bukan membakar api kesumat membalas pawang
jangan ditahan awan menangis
kerana amukannya menggila
biarkan ia reda sendiri
walaupun tanpa bersandar di mana mana
dia bukan apa.cuma mahu menangis dan habis.

Khamis, 16 Julai 2015

aku pembunuh

semalam
kita bersilat kata memanah kelembutan
menakil manis dahulu

dalam tidak sengaja aku bunuh engkau
entah dari mana pisau ada ditangan
aku pacak ke jantung engkau
tembus sampai ke tulang  belakang

aku takut
lalu kucabut pisau itu
bersembur darah ke muka aku
kau tidak bernyawa
terus sunyi pertelingkahan itu
kau senyap tidak kata apa
aku tidak tahu mahu nangis atau ketawa

tapi aku takut
lalu aku takil takil seluruh tubuh engkau
kukerat kerat sekecil yang boleh
tubuh yang menyakiti aku kini hambar terkulai
aku tidak tahu aku sedih atau gembira

kau mati.
aku sorok cebisan kau dalam kotak surat cinta kita
buat kali terakhir aku lihat wajah kau
yang hanya tinggal kepala
aku cium di dahi
tapi kenapa aku menangis??

aku tidak sengaja
kenapa kau paksa aku menjadi pembunuh
dengan sikap kenerakaan itu
aku takut
lalu aku lari kehutan
tingal semua sunyi sepi

aku ketar menangis hingga terlelap
esok aku terjaga
aku lupa kau telah tiada
rupanya aku yang bunuh.

Rabu, 15 Julai 2015

aku harus sanggup

sebenarnya
aku semakin dekat dengan janji
masa bergulung datang menuntut
memaksa menjadi kejam
ia semakin datang..semakin mendesak
aku telah terlanjur membuat janji pada airmata
itu perjanjian berdarah
yang telah diasap limaukan semangatnya

semakin dekat ia..semakin aku tidak sanggup
semakin datang ia..semakin aku takut

aku harus kotakan janji
bila waktunya datang berdiri
aku harus tunaikan janji
walau hati separuh mati

hanya kerana aku sipengabul janji
walaupun cuma janji pada airmata.

aku pawang

mata yang berdusta tidak akan pernah melirikkan benar
bibir yang terpacak kaca janji akan selamanya membusuk bernanah
aku pawang cukup kenal dengan jin seperti itu
matanya merah meleret darah melirik dusta
bibirnya membusuk membasi janji
aku pawang
biar ku hantar jin ini ke pulau kesumat
biar tiada mangsa untuk kau berjanji berdusta
biar kau membusuk di pulau buangan

Khamis, 9 Julai 2015

aku kronik parasthesia 2

bukan sekadar itu saja
gigil tangis malam itu
menceroboh dan membunuh percayaku
duniaku cerah menjadi gelita
gelita yang aku benar benar takut
sejak itu aku menderita 'insomnia'
aku jadi 'achluophobia'
kerana malam yang perkosa janji
kejam sungguh malam itu
meragut seluruh percaya
jadikan siangku malam tanpa henti
jadikan malamku lebih malam dan kelam
aku tiada apa lagi untuk diperkosakan
kerana janji telah habis
kerana setia telah hilang
tiada apa lagi untuk kau ragut
pergilah.


aku kronik parasthesia

sejak malam itu
malam yang aku diperkosa janji
malam dilacurkan kesetiaanku..
sejak itulah
aku tidak kenal riak wajahku
aku hilang deria
senyum tawa tangis derita
semuanya menjadi kronik parasthesia
seluruh tubuhku kronik parasthesia
aku kronik parasthesia

seksanya aku begini
bernyawa tapi tak merasa
hidup tapi kesia siaan
semuanya sejak malam itu
malam aku diperkosa janji
aku jadi kronik parasthesia

Ahad, 5 Julai 2015

sofa

sepatutnya yang sekecil itu
kita berbahagi duduk
menimbang kasih
betimbang rasa
pada aku yang kurang upaya
tapi kau buat seperti angin lalu
aku pun berlalu
tak mahu tunggu
sakit pinggang aku

Isnin, 29 Jun 2015

jangan drama baik dengan aku

aku kenal manusia serupa engkau
ada muka empat
kiri kanan depan belakang
keterlaluan kalau aku kata bermuka muka
lebih baik anggapkan kau ada banyak muka
pusing kiri kau begini
kekanan kau begitu
depan kau telus
belakang kau caci
tidak berat ke bawa empat muka?
tolong pilih satu muka
yang kau suka!

Ahad, 21 Jun 2015

susah

renyai hujan aku basah
panas terik pun tentu basah
aku berpayah
tunggu dalam susah
kau tak ubah ubah.

siapa percaya?

tak siapa akan percaya
bila ada yang definisikan derita
menjadi makna cinta
derita baginya adalah cinta
bukan bermaksud cintanya menderita
bukan juga cinta adalah derita
tapi cintanya jadi bahagia bila ada derita
lebih panjang umur cintanya bila derita
lebih kuat berpijak dalam derita
kau tak perlukan teori untuk fahami belitan kata ini
perlukan bersahaja memasukkan manisnya derita dalam cinta
kuatnya cinta dalam derita.

derita

derita perlukan apa pula?
derita perlukan kita
untuk memaknakannya
derita lebih bahagia bila kita bersama
derita lebih perlukan kita
dari semua yang ada
derita dan kita
adalah sama
ia bernyawa bila kita bersama
derita hidup dalam kita
kita mati dalam derita.

tabah

ketabahan memerlukan aku untuk jadi bermakna
memerlukan setiap inci airmata aku untuk menjadikannya sebuah tabah
tabah tak akan menjadi tabah bila aku tak bangun dari rebah
tabah perlukan aku.

Selasa, 24 Februari 2015

bacakan ia

kalau esok aku mati
"jadi maka jadilah" untuk aku

kalau esok aku pergi
puisi aku masih di sini
bacalah dengan sepenuh hati
dari bawah sekali sampai terakhir kali
dan aku akan ada di sisi
menemani dalam setiap bab cerita hati

masuklah dalam puisi aku..masuk..
kau tak akan merasuk
kerana jiwa kau sedang aku peluk

jangan menangis

aku tak mahu menangis
kerana malam ini begitu indah untuk aku berduka lara
biar aku coret yang indah indah saja
tinggalan untuk mereka baca

masa yang semakin dekat

mereka semua tidak tahu
aku terlalu takut
bukan kerana aku pengecut
tapi semangat dan ragaku kian kecut
kalau kalau aku harus tahu
yang mereka semua tak tahu
aku harus pergi dengan rela
tinggalkan semua rasa cinta
dan aku belum bersedia

aku sudah tewas di saat aku menulis aksara ini
takut untuk pejamkan mata
bimbang esok pandanganku terbatas
maksudnya aku pergi tinggalkan mereka
lepaskan dunia,relakan cinta..

Selasa, 10 Februari 2015

siapa itu

dia itu telah lama mati
dikelar rusuk kanannya sendiri
yang kau nampak itu bukan hantu
bukan roh,tapi dia yang BARU.

dia yang dulu telah lama mati

Jumaat, 23 Januari 2015

tiada apa apa selain dua permata

aku tak pernah beri kau apa apa
selain cinta
aku tak pernah curah apa apa
selain setia
aku tak pernah hadiahkan kau apa apa
yang paling berharga
cuma permata
aku tak layak digelar apa apa
selain derhaka
maafkan aku kerana terlalu tiada apa apa

kali ini  dan terkahir kali aku masih tak beri apa apa
selain dari yang aku ada
dan juga satu lagi permata
yang 9 bulan aku pelihara
sebagai hadiah yang terakhir kali
dari aku yang tak punya apa apa
dan kunamakannya CINTA

entah esok atau lusa atau bila

tak lama lagi
aku akan lena berbantal tanah
bertilamkan selembut isi tanah
beratapkan juga dari tanah tanah
lena mengiring tak tukar posisi

tak lama lagi
aku akan tinggalkan rumah
ucapkan salam penuh kasih
pada insan yang cintaku mencurah
dan aku tinggalkan kalian puisi

bukan sebagai zikir doa buat aku
cukup sekadar kenang kenangan
kerana aku hidup dalam semua coretanku

aku tak menulis kerana banjir

lama aku tak menulis
sibuk sekat airmata
kiri kanan aku tepis
di kamarku banjir juga
lama aku tak conteng kata puitis
sebab aku sedang lemas bertarung nyawa
rasanya sekarang siapa yang menulis?