Isnin, 29 Jun 2015

jangan drama baik dengan aku

aku kenal manusia serupa engkau
ada muka empat
kiri kanan depan belakang
keterlaluan kalau aku kata bermuka muka
lebih baik anggapkan kau ada banyak muka
pusing kiri kau begini
kekanan kau begitu
depan kau telus
belakang kau caci
tidak berat ke bawa empat muka?
tolong pilih satu muka
yang kau suka!

Ahad, 21 Jun 2015

susah

renyai hujan aku basah
panas terik pun tentu basah
aku berpayah
tunggu dalam susah
kau tak ubah ubah.

siapa percaya?

tak siapa akan percaya
bila ada yang definisikan derita
menjadi makna cinta
derita baginya adalah cinta
bukan bermaksud cintanya menderita
bukan juga cinta adalah derita
tapi cintanya jadi bahagia bila ada derita
lebih panjang umur cintanya bila derita
lebih kuat berpijak dalam derita
kau tak perlukan teori untuk fahami belitan kata ini
perlukan bersahaja memasukkan manisnya derita dalam cinta
kuatnya cinta dalam derita.

derita

derita perlukan apa pula?
derita perlukan kita
untuk memaknakannya
derita lebih bahagia bila kita bersama
derita lebih perlukan kita
dari semua yang ada
derita dan kita
adalah sama
ia bernyawa bila kita bersama
derita hidup dalam kita
kita mati dalam derita.

tabah

ketabahan memerlukan aku untuk jadi bermakna
memerlukan setiap inci airmata aku untuk menjadikannya sebuah tabah
tabah tak akan menjadi tabah bila aku tak bangun dari rebah
tabah perlukan aku.