Ahad, 2 Ogos 2015

mereka membenci aku

semenjak dari aku memilih
untuk tinggal bersama lautan indah
sejak dari itu hujan badai tak pernah tamat
bila panas pula ia terik dan sakit
aku dicerca dihina apa yang ada disegenap disekeliling lautan
dipedihkan mentari
dibakar panas
dilambung ombak badai
ditakutkan dengan ribut petir
segalanya menghantui aku
memburu aku meski dalam tidur
satu persatu datang menghalau aku
satu demi satu mengugut aku untuk pergi
selepas satu satu hinaan dan cemuhan
satu satunya pilihan aku ialah bertahan
satu tahun demi satu tahun aku kekal di lautan ini
hingga kini sudah bertahun aku kekal dalam tragedi lautan
dan segenap sekeliling lautan tak pernah henti membenci aku
aku yang memilih
untuk bertenang di lautan indah
yang kelilingnya meludah aku.