Isnin, 7 Disember 2015

hari ini saja

untuk kata kata pinjaman ablasa lima tahun yang lalu
untuk perlian imbuhan khinzir empat tahun yang lalu
untuk fitnah bernanah busuk tiga tahun yang lalu
untuk hinaan kelasan dajjal dua tahun yang lalu
untuk cacian makian sumpah seranah pada tahun yang lalu
bertahun aku diam dan kumpul jadi bulat sifar
kau nampak sifar kosong
aku pulangkan menu yang kau tempah bertahun tahun
dihidang pada hari ini
HARI INI SAJA
kerana sifar aku bukan kosong
ia ada di dalam
tunggu masa kau uji sampai pecah
sakit dan malu bukan.
kebetulan saja,tak dirancang
kau silap orang.

Rabu, 2 Disember 2015

warkah sebelum ajal

telah aku bersihkan daerah berdarah
yang belasan tahun dulu diamuk punah
darah darah yang terpercik disetiap dinding berkeropeng  juga telah aku hakis kesannya

darah itu darah aku
yang cuba dibunuh berkali kali
tapi tidak mati

daerah ini terpencil
tiada siapa tahu ia penuh darah
yang mereka tahu
"ia daerah yang gah"

warkah ini terakhir selepas aku tidak lagi hidup
aku mati setelah berjuang menyucikan daerah
aku tinggalkan ia dalam suci
supaya kau hidup aman
tidak nampak darah
tidak ingat pada aku dan sengketa
aku ikhlas pada setiap pembunuhan yang kau lakukan
semoga kau hidup dalam kemaafan
dari aku yang mati