Rabu, 2 Disember 2015

warkah sebelum ajal

telah aku bersihkan daerah berdarah
yang belasan tahun dulu diamuk punah
darah darah yang terpercik disetiap dinding berkeropeng  juga telah aku hakis kesannya

darah itu darah aku
yang cuba dibunuh berkali kali
tapi tidak mati

daerah ini terpencil
tiada siapa tahu ia penuh darah
yang mereka tahu
"ia daerah yang gah"

warkah ini terakhir selepas aku tidak lagi hidup
aku mati setelah berjuang menyucikan daerah
aku tinggalkan ia dalam suci
supaya kau hidup aman
tidak nampak darah
tidak ingat pada aku dan sengketa
aku ikhlas pada setiap pembunuhan yang kau lakukan
semoga kau hidup dalam kemaafan
dari aku yang mati