Selasa, 21 Februari 2017

diari bonda jelita

dari diari bonda untuk jelita

telah bonda rakamkan sengsara bonda
dari setiap sudut penjuru jiwa
telah bonda catatkan pengembaraan bonda yang penuh luka
dari dahan dahan yang gugur tewas
saat bonda berpayah demi Jelita..

sepertinya bonda tercampak di lautan dalam
segala apa di lautan ini mengkaramkan bonda
tapi,demi Jelita yang menanti di persisiran sana
bonda renangi penuh harapan

bonda harus tabah demi Jelita
harus mematahkan takut sengsara
harus utuh kaki berdiri dalam apa jua rasa
kerana bonda punya Jelita

Jelita
darah ini darah kita
perjuangan ini kita bersama
meski kau masih anak bonda yang kecil
kau seakan mengerti lara hidup bonda
kerana sejak di ketuban bonda lagi kau mengerti ombak rasa dari bonda

jadilah Jelita anak yang tabah
kelak besarmu pertahankanlah hidup bonda
kerana dengan tabah dikau ditimang bonda!
dengan bertahan bonda ada disisimu..

sentiasalah ada disisi bonda
jangan takut dengan derita

Dari bonda untuk jelita

Khamis, 2 Februari 2017

kau tahu kau siapa

ku kirim kau mawar putih mewangi
tidak berduri
semoga sampai kepadamu

ku kirim kau seutas kemaafan
yang tidak kau pohon
semoga sampai kepadamu

kukirim kau cebisan doa
hadiah dengan mujarab Al Fatihah
semoga kau ingat aku dengan secebis rasa kasih mahupun kasihan
kerana luka nanah yang kau kirim ini tidaklah membuak dendam

semoga sampai kepadamu

kau kirim aku mawar hitam
berduri dan luka
ianya telah sampai kepadaku.



hitam kelabu

ketika kutatap kepingan cermin kaca didepanku
hanya hitam kelam dan kelabu pilu yang muncul
lalu mata pada cermin kaca pun turut berkaca
kubiarkn ia pecah dan berderaian
seirama dalam dada yang penuh sebak dan sebu

jasad pada cermin itu sudah lesu
jiwa yang terkandung di dalamnya sudah parah
hatinya telah menjadi abu
mati dan berterbangan di sana sini
yang kekal dicerminan itu cumalah jasad tanpa jiwa
kosong
kisah hidupnya tragis dan sadis