Sabtu, 22 Julai 2017

sekadar tulisan biasa utk anakku Danisha

maafkan umi atas kekhilafan umi..
maafkn umi krn umi msh kurg..
maafkn umi andai blm jd yg trbaik bt kakak..
tapi..umi nak kakak tahu yg umi sygkn kakak sepenuh hati umi lbh dr sgl yg umi punya
stiap usaha umi dr dulu smpai skrg hyalah bt kakak..demi kakak..
umi nak jd seorg umi yg dpt kakak banggakan..
umi nak tinggalkn pada  kakak ksh syg yg tak pernah berbelah bagi
umi nak tinggalkn pd kakak smgt dan ketabahan umi
supaya dewasa nanti kakak jd wanita yg tabah dan redha..
kakak..jgn pernah  takut dgn badai..
krn badai itu dari dulu makanan kita..
jgn prnh tkt dgn rebah
krn apa yg umi punya dlm hidup umi bermula dr rebah
dan rebah itu akhirnya membuat kita mnjadi tabah..

kakak..trm ksh mnjd ank umi yg mengerti
yg tau menghargai
yg sentiasa ada mengesat airmata umi
menemani umi dlm badai hidup
kau sikecil yg istimewa .krn kau fahami sesuatu yg sukar..memberi umi berjuta semangat bila umi lemah..

kakak..umi doakn semoga nanti kakak mnjadi insan yg dpt umi banggakan..walau ketika itu mungkin umi tak ada lagi di sisi kakak..walau nanti jasad memisahkan kita..tapi darah dan semangat umi akan sentiasa segar dalam diri kakak..umi akan sentiasa ada....sentiasa ada..

umi syg kakak. ..selama lamanya..

buat anakku tercinta..
Danisha Balqish

kita kelu

suamiku
lewat kebelakangan waktu
musim ombak menderu
memukul menghempas pilu
dan kita sama sama terkelu

aku juga turut tersoal dalam bicara tiada jawab
berapa banyak lagi batas sabar aku yang dituntut?
setelah Patah tulang temulang  aku menempias puaka
Ketar tubuh aku menahan seksa
berteraburan paku,jarum dan buluh yang berjampi maut
sehingga beginilah jadi aku pada ketika ini
kaku tak berguna

suamiku
bertahun dulu kita pernah bersilat dengan pancaroba yang paling derita
kita telan dan hadap walau seksa
dan ketika itu aku masih sanggup

tapi suamiku
kebelakangan ini aku sepertinya tewas
apabila buat kedua kalinya aku gagal berdiri sendiri
apabila segalanya menjadi terbatas
dan semuanya gelap buat aku

suamiku
maafkan aku bilamana wajah aku kusam tak seperti dulu
maafkan aku diwaktu aku gagal menguruskan diri
maafkan aku disaat aku tidak seceria dulu
maafkan aku untuk waktu yang kelam ini
aku tahu ketidak berdayaan ini mengheret kau sama ke alam gelita
dan mahu saja aku telan semua ini sendiri
agar aku tidak melihat wajah kamu yang tersenyum dalam pilu
demi menabahkan isterimu.

suamiku
yakin atau tidak
kamu harus percaya
bahawa segalanya sementara saja
dan selepas ini kamu harus terbang bebas
hiruplah udara segar sedalam dalam
senyumlah seperti yang kau angan..

suamiku
terima kasih sedalam dalam
selamanya aku ingat
waktu kau gendong aku yang berat
waktu kau sikat rambutku yang tersekat
waktu kau rapi aku dalam sepi
dan pada waktu itu mata kita sama sama berkaca
aku nampak walau kau alih pandang.

nur sharina cik ibrahim
18 Julai 2017
-kamar kita-

catatan buat suamiku-shafiq (akan tiba masa itu)

pendakian kita telah belasan tahun kiraannya
masih kita tidak sampai ke puncak tuju
dibawa angin hilang hala
dibasah hujan berteduh pula
tiba masa aku jatuh..gigil..
aku hipotermia
suamiku
ketika langkahku terhenti tidak lagi menjejakmu kerana kesakitanku
ketika aku harus tinggalkan kau dalam destinasi ini
ketika harus kau lepaskan tangan ini
mendaki lah kau seperti yang kita lakar pada angin angan
dan pada setiap laluan yang tidak lagi ada aku di setiap jejak..ingatlah...
jiwa kerikil aku tidak pernah menderhaka pada budimu
kasar bicaraku tidak jemu melahirkan doa buatmu
mata tajamku tidak pernah memanah dendam pada khilafmu
tersasar sikapmu tidak akan pernah aku leret leret kan untuk dituntut kelak

suamiku
seiring pendakianmu yang tanpa aku
carilah jalan jalan yang lurus antara yang sesat
lihatlah ke depan dengan pandangan tulus
tinggalkan segala kesilapan lalu dalam pembetulan yang sahih
sangkakan duri pada setiap derapan dan kau akan lebih waspada
andaikata muncul teman pada pendakian yang hampir puncak nanti
jangan kau uji tulus hatinya dengan manis senyum
jangan kau nilai budi dengan lembut bicara
jangan kau khayal,leka,lupa segala tuju hanya kerana satu senyum
sekali sekala ingatlah pada aku yang mati dalam pendakian kita
setiap masa ingatlah pada segala impian aku untuk anak anak kita
suamiku..daki..dan dakilah
ceka lahl dan jangan goyah
kalau jatuh bangunlah dengan nafas baru
kalau putus jalan,cari dirimu dalam agamamu
demi anak anak kita
dan
demi aku yang telah tiada pada ketika itu.

nukilan dari isterimu yang tenat di pendakian
nur sharina cik ibrahim